Tuesday, 24 December 2013
macam part 4
Baru baru ni kami di perlukan di Taman Tun. Rumah old school. Cantik. Sedang kami menyamak kabinet tiba2 keluar ular hitam besar jari kelingking celah2 wardrobe. Tekezut kejap. Dengan menggunakan wiper dan berus longkang kami tarik ular tadi keluar rumah. Apalagi hukum bunuh la. Haih... masa cuci rumah tinggal kat Kuala Pilah kami jumpa tokek (cicak besar). Beesar dua jari gak la. Macam macam...
Monday, 2 December 2013
Produk terbaru kami . Debu tayammum.
Debu tayammum |
Fazrie 0166139145
* Boleh didapati di Plaza Masalam Shah Alam @ Bellagio Cafe.
Call / Whatsapp 0123507511 Pn Fazleen.
* Orang Somban / Senawang buleh call Puan Sheema 0122532733. Kodai eh My Halal Mart, Pusat Bandar Senawang. Belakang Bank Islam.
Produk lain pon ado ha..
Kerja samak dan cuci di Shah Alam...
Sepanjang pengalaman kami inilah rumah paling mencabar. Hmm... cuci habis....
Memang rumah ni tak perlu samak. Tapi untuk menghilangkan bau dan menyegarkan kembali rumah basuhan dengan air yang bercampur tanah liat kami dapat menghilangkan ain dan bau. Kalau guna pencuci tak lut pun.
Bilik belakang sebelum cuci. Comel nye kucing. |
Ruang tamu sebelum cuci ...ada lagi kucing |
Ruang dapur sebelum cuci... tak de kucing la pulak. |
kerja mengaut dan membuang. |
Bilik belakang lepas cuci dan samak... bau pun hilang. Dinding pun samak jugak. |
Ruang tamu lepas cuci dan samak |
Ruang dapur lepas cuci dan samak. |
Monday, 18 November 2013
macam-macam part 3
Hmm.. semasa kami samak surau di Johor awal bulan lepas ... tok imam surau berkata tak payah samak bilik imam kerana beliau yakin kesuciannya. Jadi kami cuma tembak dengan waterjet dan guna floor wiper untuk keringkan. Lepas tu kami samak dewan solat. Nak di jadikan cerita, selepas dewan solat disamak dan dah kering, tok imam tu ulang alik masuk bilik imam dan dewan solat dengan wajah kehairanan. Kami perasan tapi malasla nak tegur. Lepas selesai solat Zohor, tok imam pun cakap"Saya terkejut dengan kelebihan sertu ni. Bersihnya lain macam. Lantai dewan solat rasa licin dan lebih bersih kalau nak di bandingkan lantai bilik imam. Padahal tadi kita dah tembak dengan waterjet kan!". Ya la ustaz, kami pon rasa macam tu.
Kerja samak di Apartment En. Saleh. Siap diperdengarkan ayat suci Al Quran Surah Al Baqarah.
Kali ni kami perdengarkan Ayat2 Suci atas permintaan. Kerana rumah beliau baru di beli dari India. Tempat bekas 'pooja' kami samak sampai dinding... dinding tak kotor pun walau pun bewarna gelap.....
Sunday, 10 November 2013
Macam - macam part 2
Minggu lepas kami pergi Selayang untuk mensucikan sebuah apartment. Owner beli dari Kaum India....Permintaan owner pada kami pelik skit.. sebab dia sibuk kerja cuma free waktu malam.. so kami menyamak rumah bro tadi malam2. ...Rasa macam penggali kubur la pulak...kerja tak kira masa...heheh...
Kerja samak rumah tinggal
Semalam kami menyamak rumah tinggal di Kuala Pilah. Kene pikul barang keluar dulu baru samak dan cuci terus la... Rumah tinggal ni ada kisah menarik ... kami samak serta cuci tangki atas sekali...Penat...start kol 11 habis kol 7 ...
Monday, 4 November 2013
Friday, 25 October 2013
Macam macam
Pergi samak rumah di Salak Tinggi Sepang. Tuan rumah begitu teliti hal samak nih. Beliau siap bawak tanah sendiri. Tapi sorry la bang.... Tanah kami gunakan ada sijil HALAL JAKIM....tanah abang ada ??????
Kami tak gunakan tanah yang sembarangan.....
Kami tak gunakan tanah yang sembarangan.....
Thursday, 24 October 2013
Alhamdulillah
Di harap dengan tertubuhnya Tahra Griscle Services dapat memberi manfaat kepada Rakyat Malaysia khususnya untuk muslimin dan muslimat...
Subscribe to:
Posts (Atom)