Wednesday, 16 April 2014

Sharing is Caring part 2 Cara samak lantai kayu ( gambar campor adok ok ka?)

Lantai kayu or laminated wood flooring sangat2 la sensitif dengan air. Seboleh2nya elakan la dari kene air. Jadi macam mana kami buat kalau lantai kayu ni? Ha kami share kan pengalaman kami samak laminated wood floor. Caranya sama je 1 x air tanah 6 x air biasa.

Ambil tanah .... kami pakai tahra clay keluaran kami sendiri. Halus senang nak bancuh dengan air.

Masuk kan dan bancuh dalam tong sembur racun. Ala beli la RM 100 je.

Sedia 1 tong  air yang bercampur tanah.
1 lagi tong ni isi air bersih

Basuhan pertama : Spray kan campuran air tanah tadi atas lantai. Spray rata2 ye. Goyang-goyang badan sikit biar air tanah bergaul sebati.

Lepas spray air tanah cepat2 tarik guna floor wiper. Kalau ada wet vacum guna la nak sedut air tanah tu.

Basuhan kedua : Spray la air bersih atas lantai


Tarik air tu ke luar. Ada wet vacum kita sedut air tu. Ulang sampai 6 kali.... penat weh kene tarik 6 kali...
dah sudah mop la cepat2 kalau ada floor blower pasang la. Kipas tu pasang kasi paling laju. Kene kering kan secepat mungkin. Alhamdullillah setakat ni tak pernah kami kene komplen lantai kayu customer kami tercabut lepas kami samak. So mungkin ada lagi cara2 yang lebih bagus yang di amalkan oleh otai2 samak lain. Tapi cara ni kira ok dah.

Ok dah share dah...Percayakah anda dengan menggunakan tahra clay kami cuma perlukan 3 kg je nak samak 1 rumah 2 tingkat bersaiz 22 x 70? Betul ! kalau rasa tak caya call saya : Fazrie - 0166139145

1 comment: