Tuesday, 29 April 2014

Sharing is caring .... Kelebihan Sertu / samak dengan Tahra Clay kami.

Minggu lepas telah kami tunjukkan samak kontena. Masa tu kami ambil kesempatan nak buktikan cara saintifik kelebihan sertu / samak.

Untuk pengetahuan anda, kandungan bakteria dan fungi dalam kontena adalah tinggi sebelum di cuci bersih.Hasil kajian kami, setelah samak kami dapat mengurangkan 66% bacteria dan fungi dalam kontena. Manakala Anti bact fogging hanya mampu mengurangkan 56 % bacteria dan fungi. Keputusan ini amat mengejutkan kami... ( Tengah tunggu official report .... nak bayar belum cukup duit... mahal test ni.)

Menurut kajian yang dijalan kan oleh Halal Department of UPM ( haa... upm ada department halal tau... )
Samak dengan clay kami dapat mengurangkan 99 % kandungan bacteria dalam air liur anjing dan babi. Tak caya tanya UPM. Sememangnya clay adalah natural antiseptic material.

Ha ... lepas ni mandi clay tak payah mandi dettol... hehehe.

Call 0166139145 

 


Thursday, 24 April 2014

Samak kontena ( food grade ) sejuk beku

Pada 19 hari bulan kami bersama - sama Global Dibagh Sdn. Bhd telah mengadakan demo samak kontena di Depoh kontena di Port Klang. Ramai tak tau kan macammana frozen meat atau frozen food yang di import dari luar negara di bawa ke sini..


Kekadang macam ni... kalau bawak lepas sembelih la.

Kebanyakkan macam ni. Kalau import buah dan makanan lain la.



Cam ni la cara dorang bawak daging.
So kami pon demo la samak ke owner depoh dan kami terangkan kenapa perlu nya samak kontena frozen ni.

Keadaan kontena sebelum samak. Baunyer semerbak





Penyemburan air tanah

Air tanah lagi

Bilas air bersih pula. Lepas samak bau dah kurang dan rasa segar



Fazrie - 0166139145


Wednesday, 16 April 2014

Sharing is Caring part 2 Cara samak lantai kayu ( gambar campor adok ok ka?)

Lantai kayu or laminated wood flooring sangat2 la sensitif dengan air. Seboleh2nya elakan la dari kene air. Jadi macam mana kami buat kalau lantai kayu ni? Ha kami share kan pengalaman kami samak laminated wood floor. Caranya sama je 1 x air tanah 6 x air biasa.

Ambil tanah .... kami pakai tahra clay keluaran kami sendiri. Halus senang nak bancuh dengan air.

Masuk kan dan bancuh dalam tong sembur racun. Ala beli la RM 100 je.

Sedia 1 tong  air yang bercampur tanah.
1 lagi tong ni isi air bersih

Basuhan pertama : Spray kan campuran air tanah tadi atas lantai. Spray rata2 ye. Goyang-goyang badan sikit biar air tanah bergaul sebati.

Lepas spray air tanah cepat2 tarik guna floor wiper. Kalau ada wet vacum guna la nak sedut air tanah tu.

Basuhan kedua : Spray la air bersih atas lantai


Tarik air tu ke luar. Ada wet vacum kita sedut air tu. Ulang sampai 6 kali.... penat weh kene tarik 6 kali...
dah sudah mop la cepat2 kalau ada floor blower pasang la. Kipas tu pasang kasi paling laju. Kene kering kan secepat mungkin. Alhamdullillah setakat ni tak pernah kami kene komplen lantai kayu customer kami tercabut lepas kami samak. So mungkin ada lagi cara2 yang lebih bagus yang di amalkan oleh otai2 samak lain. Tapi cara ni kira ok dah.

Ok dah share dah...Percayakah anda dengan menggunakan tahra clay kami cuma perlukan 3 kg je nak samak 1 rumah 2 tingkat bersaiz 22 x 70? Betul ! kalau rasa tak caya call saya : Fazrie - 0166139145

Monday, 14 April 2014

Sharing is caring .... Cam mana nak samak Oven

Mula - mula ambil tanah.... Tanah mestila bebas dari najis... Pakai lah Tahra Clay kami yang memang suci siap ada sijil halal lagi

Masuk kan tanah tadi dalam botol spray. Campurkan dengan air.. sesedap rasa . Kalau ikut sukatan kami 100g 1 liter air.
Ha... Spray kan air tanah tadi pada oven.. 

Lap dengan kain cepat cepat. Ha dah kira 1 basuhan 6 lagi to go.

Kain tadi basah kan pada air yang mengalir. Air paip dah la.

Lap pada seluruh oven. Dah 2 kali basuhan

Basahkan lagi pada air mengalir.

Lap lagi pada seluruh oven lagi . Dah 3 kali basuhan. Ulang lagi 3 kali settle dah
Ha Cam ni je. Kalau spray air ok gak tapi kene vacum. Lepas tu samak la kain tu dan vacum tu..Senang kan... apa la yang susah nye samak ni... konfius ? tak confident?  call je fazrie 0166139145

Apa yang anda paling tak suka bila masuk rumah baru ?

Toilet rumah baru  kita macam ni..... Sapa la punya kerja

Ish ..... sori tuan / puan tak sensored.

Kita nak cengini kan!!!!!

Dan Cenggini la... baru rupa toilet rumah kan!!!!
Ha... call la fazrie : 0166139145