Monday 18 November 2013

macam-macam part 3

Hmm.. semasa kami samak surau di Johor awal bulan lepas ... tok imam surau berkata tak payah samak bilik imam kerana beliau yakin kesuciannya. Jadi kami cuma tembak dengan waterjet dan guna floor wiper untuk keringkan. Lepas tu kami samak dewan solat. Nak di jadikan cerita, selepas dewan solat disamak dan dah kering, tok imam tu ulang alik masuk bilik imam dan dewan solat dengan wajah kehairanan. Kami perasan tapi malasla nak tegur. Lepas selesai solat Zohor, tok imam pun cakap"Saya terkejut dengan kelebihan sertu ni. Bersihnya lain macam. Lantai dewan solat rasa licin dan lebih bersih kalau nak di bandingkan lantai bilik imam. Padahal tadi kita dah tembak dengan waterjet kan!". Ya la ustaz, kami pon rasa macam tu.

Kerja samak di Apartment En. Saleh. Siap diperdengarkan ayat suci Al Quran Surah Al Baqarah.

Kali ni kami perdengarkan Ayat2 Suci atas permintaan. Kerana rumah beliau baru di beli dari India. Tempat bekas 'pooja' kami samak sampai dinding... dinding tak kotor pun walau pun bewarna gelap.....


Apartment yang sudah di samak

Cantik rumah beliau selepas di samak.

Tempat bilik 'pooja' 

Sunday 10 November 2013

Macam - macam part 2

Minggu lepas  kami pergi Selayang untuk mensucikan sebuah apartment. Owner beli dari Kaum India....Permintaan owner pada kami pelik skit.. sebab dia sibuk kerja cuma free waktu malam.. so kami menyamak rumah bro tadi malam2.  ...Rasa macam penggali kubur la pulak...kerja tak kira masa...heheh...

Kerja samak rumah tinggal

Semalam kami menyamak rumah tinggal di Kuala Pilah. Kene pikul barang keluar dulu baru samak dan cuci terus la... Rumah tinggal ni ada kisah menarik ... kami samak serta cuci tangki atas sekali...Penat...start kol 11 habis kol 7 ...