Wednesday 19 March 2014

Macam-macam part 5

Lama rasanya tak update blog ni... malas sebenarnya sebab tepon usb jack dia rosak. So PC tak dapat nak detect. Tapi tak pe la... janji perkhidmatan kami masih diperlukan. hehe. So Tuan/Puan jangan risau kami masih aktif lagi. Malah kami telah invest untuk beli banyak mesin-mesin untuk menambah baikan servis kami.

Hubungi kami - 0166139145 Fazrie.

Upgraded services

Tumpahan cat - kes along. Tuan rumah pening kerana penyewanya ada masalah dengan along. Abis merah lantainya.

Lama juga kami kerja kan sampai bersih la jadinya. 

Mesin scubber dah ada. Upgrade! Cuba scrub pakai air tanah kami. Lagi bersih dan licin.

Terkini - Samak dan Cuci karpet dan kusyen kereta.

Alhamdulillah, dengan sokongan pelanggan kami, kami telah memperbanyakkan servis kami. Kalau dahulu kami cuma menawarkan khidmat samak rumah dan mesin sahaja tapi kini kami telah menambah baik dan meluaskan khidmat samak tidak hanya pada rumah dan mesin malah kami juga boleh menawarkan perkhidmatan samak kereta terutama untuk kereta terpakai dan karpet.

Kereta kalau anda yakin owner lama ada bawa anjing dalam kereta kene la samak. Cara samak nye sama je 1 kali air tanah 6 kali air bersih. Mungkin ada yang khuatir tentang alat elektronik kereta contoh GPS Screen, radio, power window switch dan lain2 lagi. Itu memadai dengan menyampaikan air tanah dan air itu dengan cara spray atau mengelap.

Sila hubungi Fazrie - 016 6139145 untuk keterangan lanjut